lukisan dan kanak-kanak

Assalammualaikum dan salam sejahtera
kenapa cikgu pra sekolah suke sangat nak suruh kanak-kanak melukis ye????? pelik betul la malas la cikgu ni mesti tak de idea...biase la cikgu kemas memang malas die tau nak keje senang je..ha sape yang cakap macam tu sile la beratur mintak maaf kat kami cikgu kemas dan cikgu-cikgu pra sekolah yang lain. So ape yang manfaat sangat ni kalau melukis ???

1. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka dalam setiap hasil lukisan tu
melalui pengalaman yang setahun jagung dalam bidang ni memang perkara ni jelas. pertama nya kita dapat nampak pemilihan warna yang digunakan dalam lukisan tersebut. Kanak-kanak yang sihat emosi, mental dan fizikal selalunya akan memilih warna-warna yang ceria dan bewarna warni. tapi kalau majoriti warna yang digunakan malap contoh: kelabu, hitam dan coklat ha ni kene siasat ni. huhuhuhuh.....

2. Cara berfikir
Ha ni lagi satu, dalam setiap lukisan kanak-kanak kite boleh tengok cara mereka berfikir... contoh rumah yang ade banyak sangat tingkap dan hanya satu pintu .... ha... saya sendiri sebagai orang dewasa tak boleh nak fikir kenapa rumah tu perlu banyak tingkap??? hanya satu pintu??? kenapa pintu nya x banyak??kenapa??kenapa?? huhhhhhh letih la...jawapan kanak-kanak tu adalah sebab nant banjir masuk ikit pintu je tingkap banjir x masuk.. memang logik pun kan.huhuhuhu...

3. Kecenderungan minat
Kecenderungan minat kanak-kanak dapat dinilai melalui melukis. ade yang suka seni... ade yang bahagian teknikal ade yang bahagian keagamaan dan macam-macam lagi jadi kecenderungan tu dapat dikesan awal dan dipupuk minat nya. mudah kan

4. Melatih Motor halus
Ni biasa lah untuk latihan Pre Writing.

5. 1001 Cerita
 Siapa cakap kanak-kanak x de masalah???angkat tangan.. hhuhuhuh melalui pengalaman saya kadang-kadang kanak-kanak pun ade jugak masalah cuma diorang x tau nak luahkan macam mane. Macam ade satu lukisan yang dimiliki oleh aminah( bukan nama sebenar) heheheh.... die lukis gambar ayah nya yang jalan jauh di hadapan, manakala gambar aminah dan ibu nya berjalan berpimpin tangan jauh dibelakang ayah nya... bersebelahan gambar tersebut aminah melukiskan dua tangan yang sedang berdoa... puitis kan.. bila ditanya kenapa lukisan tersebut macam tu aminah pun cerita la kisah keluarga mereka.  di bawah saya tunjukkan sikit antara lukisan yang telah di hasilkan oleh kanak-kanak.
 saya juga ade gambar untuk share dengan viewers semue tapi nant la dah x sempat dah huuhhhu... k semoga ape yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semue


Lukisan Oleh : wajiha Nuzha
Umur: 3 tahun
Tema lukisan : kambing biri-biri


 Lukisan Oleh: Khairun Hamizah
Umur: 3 tahun
Tema: Keluarga saya

 Lukisan oleh: Muhammad Adam
 Umur: 4 tahun
Tema: Rumah baru adam


 Lukisan oleh:Khairul Hamizan
 Umur : 4 tahun
Tema: Rumah abang

 Lukisan oleh: Muhammad Faiz
Umur: 2 tahun 5 bulan
Tema: keluarga saya

Main doh le kitew....

Assalammualaikum w.b.t....jap nak sapu sawang.........
lama dah tak tengok blog menyebabkan ade yang tertanye....(macam ramai sgt yang nak bace la tuh hehehehhe) o.k  la alhamdulillah selepas hari konvo kanak-kanak hari tu rase lege la jugak...tapi sekarang audit nak dtg lepas tu dedue pembantu dah kumbah kate org perak la maksud nye dah lari laju-laju. so ....kesempatan sedikit yg ade saya guna kan untuk update blog..
Hari ni kanak-kanak buat aktiviti main doh. jadi objektif utama nya menggunakan tangan untuk membentuk doh dan bermain dengan doh la. Eh x de keje ke cikgu ni asyik bagi main jew.....ini latihan untuk Pre writing dan mengenal huruf la...cube semue bayang kan kalau kanak-kanak x dilatih untuk menulis dulu terus bagi pensel ????kejang la duk situ. Jadi untuk ibu bapa yang rajin dan sesape je yang nak buat aktiviti ni kat rumah di bawah saya ada bg resepi untuk buat doh ni.lagi satu lupa nak cakap. Hari ni saya guna kan doh yang telah dimasak.



Resepi doh (masak)

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1 sudu cream of tartar
1 sudu minyak masak
1 cawan air yang bewarna (ikut suka nak buh warna apa( pastikan pewarna makanan tau,untuk menggalakkan penggunaan deria saya tambah essen buah Cth: strawberry)

Cara-cara
masukkan semua bahan dalam periuk kacau atas api yang perlahan sampai la jadi macam bentuk pepejal , tutup api doh tu sejukkan pas sejuk boleh guna.

doh ni tahan sehingga 2-3 bulan kalau seal elok-elok dan letak dalam peti ais dan sangat selamat untuk kanak-kanak kalau mereka makan.  Macam tadi miza kenyang makan doh saya je. dia suka yang warna kuning bau mangga. Saya pun x tau la apa perasaan miza mase makan tuh.



o.k bawah ni gambar aktiviti kanak-kanak tadi baru je lagi.....


 Pose sebelum aktiviti
 antara bahan yang digunakan semasa aktiviti rolling pin, cookies cutter, doh 4 warna 4 bau Biru-vanila,oren-mangga, merah -strawberry,Hijau-durian, acu kuih siput mak saya heheheh...dan cutting board. tak lupa lapik meja
 Dah dapat doh terus main
 amin tunjuk doh yang dia suka. warna merah bau straw berry
 Dari kanan miza(baju belang), Naufal yang sedang hangat kerana aksi ketika menari potong bebek angsa, aqilah(baju pink), Zahir(baju oren), Adam( baju hijau) dapat baju baru ayah beli kat batam,Tasya(baju pink slow).
 Tak toleh kanan kiri dah main terus
 Zahir tunjuk Huruf Zyang ada pada nama nya.

 Wajiha dan amin main sama-sama
 ulat cikgu ain
 Auni, adam dan zahir leka bermain
 Adam tunjukkan hasil yang dia dah buat..Best.
 Hazira tasya buat ulat.
 Wajiha nuzha buat biskut O
 Naufal buat huruf E
 Auni yang menyelesaikan masalah sendiri
 Antara hasil kerja kanak-kanak. cantikkan
 Ni memang sy kagum sangat diorang leh susun semua abjad dan buat macam lilin kek hari jadi

Amin dan gelang yang di hadiahkan untuk cikgu tersayang kate nye. sok amin kate nak bagi rambutan kat cikgu...Haaaaihhh seronok la cikgu kat sini..


Jadi kesimpulannya....Doh yang di masak lebih cantik dan tahan lama berbanding doh biasa...kita perlu berinteraksi dengan kanak-kanak supaya minda nya sentiasa berkembang. contoh dengan memberikan soalan yang terbuka (warna hijau macam warna apa ya????)jangan kita mencantas pulak. kalau die buat ulat warna biru jangan pula kita cakap salah. sebab mungkin mereka pernah lihat ulat yang bewarna biru. dan itu menyebabkan mereka menjadi lebih kreatif di masa akan datang. setakat itu je yang saya ingin kongsikan kali ini. sesungguhnya sesuatu yang baik dan buruk itu datang dari Allah di sandarkan kepada kelmahan saya sendiri. bye terima kasih

Berehat Sebentar

Salam semua...sorry lame dah x update.Mungkin lg 2 bulan baru saya akan update balik.saya g kursus 6 minggu.PERMATA semoga saya memanfaatkan ilmu tersebut dengan kanak-kanak di Taska.O.k semoga jumpa lagi.Sebelum itu kalau ade perkara yang ingin dikongsi bersama boleh la tulis kat blog ni atau just bagi tau kat kami.salam

Coop mart,Balang kuih raya,dan Nikmat Kemerdekaan

Salam semua..... dalam kesibukan menjahit manik di baju sendiri(hanya jahit di rumah tidak di taska),dan dalam keterujaan untuk menunggu bonus perayaan setengah bulan gaji(thanks a lot to our PM)Kami di taska ni masih lagi menjalankan beberapa aktiviti yang berstatus projek.Hari rabu kami pergi melawat ke coop mart memang superb layanan yang diberikan kanak-kanak gembira apatah lagi
cikgu nye.
ini gambar ketika di coopmart Rombongan ke Coopmart

 Berjalan, mentafsir, dan melihat
 Coop mart
 Briefing dulu
 cikgu yong dan cikgu ana
 Hanya barang yang berharga dibawah rm2 je yang boleh dibeli
 Rm 2 je seorang
 Seronok sangat dapat duit
 wah...umpama coopmart ni die yang punye...seronok sangat
 x kan nak beli pampers kot kan...
 Dah jumpa barang yang dicari dan yang ingin dibeli
 beratur di kaunter untuk membayar aiskrim
 x sabar dah nak bayar ni......
 Tq abang
 Naufal yang berkesempatan memilih aiskrim yang lazat berkrim.nyaris la puase cikgu nye...
 Sedap nye makan aiskrim
 Mase nak balik tu memang macam satu kejutan untuk kami.Pihak Coopmart ni de lak bg gift untuk bebudak taska ni.
Berbaris untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak coop mart semoga jumpa lagi



Always happy

Ariani meletakkan gam diatas riben nak buat balang kuih raye ni.

Tunggu giliran untuk meletakkan gam di balang masing-masing
Khairun hamizah(kh)cuba yang terbaik

tak sabar nak hias balang kuih raye.tambah pulak cikgu kate nak bagi bawak balik balang ni nak tunjuk kat ibu bapa masig-masing. lagi laaaaaaa diorang ni.habis dah gambar time buat balang,sekarang ni time main tajuk nye nikmat kemerdekaan. main nye macam police century zaman saye kecik-kecik dulu. yang pakai apron ni jadi  askar.yang baju biase tu orang yang perlu untuk di tangkap. gambar macam di bawah ni..


dah dapat tangkap bagi kat cikgu ana dan cikgu yan... tula antara tawanan
naufal yang sempat lagi pose