Assalammualaikum w.b.t....jap nak sapu sawang.........
lama dah tak tengok blog menyebabkan ade yang tertanye....(macam ramai sgt yang nak bace la tuh hehehehhe) o.k la alhamdulillah selepas hari konvo kanak-kanak hari tu rase lege la jugak...tapi sekarang audit nak dtg lepas tu dedue pembantu dah kumbah kate org perak la maksud nye dah lari laju-laju. so ....kesempatan sedikit yg ade saya guna kan untuk update blog..
Hari ni kanak-kanak buat aktiviti main doh. jadi objektif utama nya menggunakan tangan untuk membentuk doh dan bermain dengan doh la. Eh x de keje ke cikgu ni asyik bagi main jew.....ini latihan untuk Pre writing dan mengenal huruf la...cube semue bayang kan kalau kanak-kanak x dilatih untuk menulis dulu terus bagi pensel ????kejang la duk situ. Jadi untuk ibu bapa yang rajin dan sesape je yang nak buat aktiviti ni kat rumah di bawah saya ada bg resepi untuk buat doh ni.lagi satu lupa nak cakap. Hari ni saya guna kan doh yang telah dimasak.
Resepi doh (masak)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1 sudu cream of tartar
1 sudu minyak masak
1 cawan air yang bewarna (ikut suka nak buh warna apa( pastikan pewarna makanan tau,untuk menggalakkan penggunaan deria saya tambah essen buah Cth: strawberry)
Cara-cara
masukkan semua bahan dalam periuk kacau atas api yang perlahan sampai la jadi macam bentuk pepejal , tutup api doh tu sejukkan pas sejuk boleh guna.
doh ni tahan sehingga 2-3 bulan kalau seal elok-elok dan letak dalam peti ais dan sangat selamat untuk kanak-kanak kalau mereka makan. Macam tadi miza kenyang makan doh saya je. dia suka yang warna kuning bau mangga. Saya pun x tau la apa perasaan miza mase makan tuh.
o.k bawah ni gambar aktiviti kanak-kanak tadi baru je lagi.....
Pose sebelum aktiviti
antara bahan yang digunakan semasa aktiviti rolling pin, cookies cutter, doh 4 warna 4 bau Biru-vanila,oren-mangga, merah -strawberry,Hijau-durian, acu kuih siput mak saya heheheh...dan cutting board. tak lupa lapik meja
Dah dapat doh terus main
amin tunjuk doh yang dia suka. warna merah bau straw berry
Dari kanan miza(baju belang), Naufal yang sedang hangat kerana aksi ketika menari potong bebek angsa, aqilah(baju pink), Zahir(baju oren), Adam( baju hijau) dapat baju baru ayah beli kat batam,Tasya(baju pink slow).
Tak toleh kanan kiri dah main terus
Zahir tunjuk Huruf Zyang ada pada nama nya.
Wajiha dan amin main sama-sama
ulat cikgu ain
Auni, adam dan zahir leka bermain
Adam tunjukkan hasil yang dia dah buat..Best.
Hazira tasya buat ulat.
Wajiha nuzha buat biskut O
Naufal buat huruf E
Auni yang menyelesaikan masalah sendiri
Antara hasil kerja kanak-kanak. cantikkan
Ni memang sy kagum sangat diorang leh susun semua abjad dan buat macam lilin kek hari jadi
Amin dan gelang yang di hadiahkan untuk cikgu tersayang kate nye. sok amin kate nak bagi rambutan kat cikgu...Haaaaihhh seronok la cikgu kat sini..
Jadi kesimpulannya....Doh yang di masak lebih cantik dan tahan lama berbanding doh biasa...kita perlu berinteraksi dengan kanak-kanak supaya minda nya sentiasa berkembang. contoh dengan memberikan soalan yang terbuka (warna hijau macam warna apa ya????)jangan kita mencantas pulak. kalau die buat ulat warna biru jangan pula kita cakap salah. sebab mungkin mereka pernah lihat ulat yang bewarna biru. dan itu menyebabkan mereka menjadi lebih kreatif di masa akan datang. setakat itu je yang saya ingin kongsikan kali ini. sesungguhnya sesuatu yang baik dan buruk itu datang dari Allah di sandarkan kepada kelmahan saya sendiri. bye terima kasih