Salam entri kali ini saya nak cerita tentang perkembangan yang kami gunakan didalam PnP(Pengajaran dan pembelajaran)kanak-kanak di taska.Usai blogwalking tetibe bersemangat.Bukan pe tadi saya terjumpa satu perkara yang menyatakan kanak-kanak di KEMAS ni hanya memiliki kemahiran 4M(Makan, Menari,Menyanyi,Main)Kenape saya terasa?????gilerrr x terase.... Susah payah mengajar dan menahan kesabaran dari bertindak luar kawalan terhadap anak-anak yang comel tapi dengar orang cakap macam tu pulak.Bagi yang tidak memahami kami di TASKA PERMATA KEMAS CHANGKAT LADA menggunakan 6 jenis perkembangan
1. Perkembangan Komunikasi dan Literasi Awal
Ni termasuk bercerita, menyanyi lagu yang membina(Bukan lagu band berunsur negatif), Mengenal huruf dan lain-lain nanti saya uploadkan gambar atau video perkembangan ni.skang budak cuti
2. Perkembangan Matematik dan Logik Akal
Kanak-kanak memadankan gambar dan sticker haiwan
Cikgu awin membantu dayana
amin dan adam
Time ni la kanak-kanak akan diajar mengenal nombor dan sesuatu yang menguji logik akal mereka contoh:main puzzle, bongkah, suai padan dll.
3. Perkembangan Kepekaan dan Pengamatan deria
Selalunya saya suke sangat buat mini projek yang berkaitan perkembangan ini untuk kanak-kanak. antara projek yang telah saya hasilkan tahun ni Satay buah bersalut coklat yummy..., menghias cups cake, menghasilkan biskut trafic light, dan kalau ingat entri saya yang lepas
cabaran menjadi pendidik taska ada menyatakan yang saya dan cikgu farah ke masjid bersama dengan kanak-kanak untuk Nature walk itu juga sebahagian dari aktiviti untuk perkembangan ini. Saya sarankan untuk ibu bapa di rumah boleh juga untuk melakukan aktiviti yang simple dengan anak-anak supaya mereka lebih peka dan dapat merangsang penggunaan deria mereka dengan baik
4. Perkembangan Pengamatan Daya Kereativiti dan Estetika
Haaaaaa... part ni selalu la terkene kat saya.Selain melukis mewarna, buat kolaj baru-baru ni semperna hari ibu kami mengajak kanak-kanak untuk menghasilkan bunga lolipop untuk ibu mereka.Malang nya disebabkan terlalu excited saya pun lupe nak snap gambar.
ni puppet kenderaan.kanak-kanak sedang mewarnakan gambar mereka
ni hasil puppet kenderaan yang dah siap
ni kumpulan oren dengan cikgu farah
khusyuknye azimi mewarna
ni kumpulan ceri dengan cikgu ain menghasilkan puppet kenderaan
bagus ye....
5. Perkembangan Pembinaan sahsiah diri
Kanak-kanak akan diajar huruf hijaiyah hehehe.., pendidikan islam, doa, pendidikan moral, selain mendidik kanak-kanak untuk menyesuaikan diri mereka ketika mereka bersama masyarakat contohnya tentang peraturan didalam kenderaan awam ni enjoy it!!!!!
6. Perkembangan Fizikal
Time ni memang kanak-kanak sekali cikgu pon suke jugak. Ni contohnya entri
belajar sambil bermain pendekatan di taska yang lepas gambar kanak-kanak cuba untuk menerbangkan payung terjun. Selain tu kami jugak selalu buat gerak kreatif(part ni yang orang selalu salah faham kate KEMAS dok menari jew).Sukaneka, gotong royong, berkebun dll la. Janji saya,(oh banyak nye janji mcm wakil rakyat lak) nanti saya akan update kebun dapur yang baru minggu lepas kami usahakan(Cikgu ain, Cikgu farah dan Cikgu awin) Nak bg ucapan terima kasih dan Kredit jugak la pade Pembantu kami k.ani n k.nora yang banyak membantu LOL. Dan saya nak tegaskan pada semua, yang kanak-kanak ni mampu je nak wat pe yang kita programkan walaupun kite rase susahnye diorang nak buat.Tapi kalau dah bagi sokongan mesti oleh punye la.