Cabaran menjadi pendidik Taska.

Salam....pada entri kali ini saya ingin bercerita sedikit tentang cabaran yang kerap saya hadapi sepanjang saya menjadi pendidik taska(walaupun baru 8 bulan bermula 2/8/2010 dan sesetengah ibu bapa masih lagi memanggil saya dan cikgu awin sebagai cikgu baru hehehehhe....).Masyarakat masih ramai yang tidak memahami tentang fungsi taska PERMATA diwujudkan.Dan paling menyedihkan ada yang hanya memandang remeh tentang kewujudan nya dan menuduh sebagai medium yang digunakan untuk menghabiskan wang rakyat adussss!!!! kepada sesiapa yang masih belum mempunyai pengalaman dan ingin tahu adakah tuduhan itu benar saya menjemput anda datang ke taska kami untuk melihat sendiri bagaimana Pengajaran &pemelajaran(pnp) bersama kanak-kanak berusia 2-4 tahun dijalankan. Dan pada hari khamis yang lepas saya dan rakan saya (cikgu Farah Wahida Mostakin) mengambil keputusan  bergabung kumpulan supaya kanak-kanak dibawa berjalan melihat kenderaan dan destinasi kami ke masjid yang berhampiran.Tiba di masjid takdir Allah telah mempertemukan kami dengan hamba Allah yang sangat menguji. Berikut merupakan perbualan kami
hamba Allah(H.A)Cikgu Ain(C.A)Cikgu Farah(C.F)
H.A:berape umo bebudak ni???
C.A&C.F:2-4tahun pakcik
H.A:Ate gaji kome berape(saya dh x sedaphati)
C.F:Kami keje dgn kerajaan pakcik,gaji biase je(konon nak rendah diri la)
C.A:Ikut gaji diploma je pakcik(same dgn farah konon)
H.A:Pegi le habiskan belajo mcm anak pakcik belajo kt UM amik kelas malam 3 tahun tapi x lepas jawatan die tu skang ni keje tu lagi. anu.....di pejabat najib....
C.F:O.k semue jom ikut cikgu kite tgk sane(melarikan diri dan kanak-kanak jadi kambing itam die)
C.A: Iye ke pakcik(bile nak abis upkan anak die ni?????)lastly.o.k la pakcik saya de keje ni .
H.A:Iye le2x.Kamu nant buat mcm anak pakcik tu ek bagus macam tu
C.A &C.F:( muke x menahan nak mengate x leh sbb dlm masjid)