Masalodeh ke vadai ke??

Act saya pun keliru dengan nama kuih ini kebanyakan yang saya dengar namanya masalodeh tapi semasa zaman pengajian dan ketika menjalani latihan praktikal di Jabatan Kebudayaan, kesenian dan Warisan Negeri perak kuih ini dipanggil vadai apa pun nama nya kuih tersebut telah menjadi pilihan untuk Pengajaran dan pembelajaran kami pada hari tersebut. Dibawah perkembangan Deria  dan pemahaman dunia persekitaran, kuih ini telah dihasilkan oleh kanak-kanak  berusia 4 tahun. Panas, sejuk, licin, lembut, keras, masin, busuk, wangi semua elemen deria yang telah dapat ditunjukkan kepada kanak-kanak semasa aktiviti ini. Untuk ibu bapa yang berminat saya turut  menyarankan supaya kanak-kanak dilibatkan dalam aktiviti memasak ketika dirumah.

 Sesi mencampurkan bahan kedalam pinggan masing-masing
 Gaul kesemua bahan yang ada 
 Menangis setelah makan adunan yang belum siap digoreng
 Hana dan wajiha yang tak sabar untuk menggoreng kuih mereka
Akmal yang makan sambil menggoreng kuih nya