Air terjun dan sungai

Idea!idea!idea!idea! yes bak buat sungai dan air terjun la, aktiviti yang melibatkan 3 tahun memang sukar untuk dilaksanakan sebab mereka dipertengahan, andai kata 2 tahun mereka lebih senang untuk bermain sambil diselitkan dengan pembelajaran, 4 tahun lebih mudah sebab mereka lebih faham apa yang disampaikan, jika 3 tahun memang agak susah bagi saya, terutama bagi memenuhi objektif pembelajaran. kadang kala aktiviti bersesuaian tapi bila diaplikasikan mereka nampak canggung, jadi bagi tidak memeningkan kepala bagi perkembangan sahsiah dan perkembangan fizikal saya memilih untuk memelihara sungai dan membina air terjun. ia ternyata berjaya , perasan ek ...betul la sebab budak2 tu cakap seronok la cikgu. x payah naik lagi ye. ok x macam tu????di bawah gambar aktiviti tersebut















Nature walk menangkap ikan belon

aktiviti ketika nature walk. sangat mengujakan kanak-kanak. membuatkan mereka sangat sibuk masa tu
















Ais, warna dan rasa

Kalau perasan banyak projek yang dilakukan bila perkembangan deria.mungkin saya perlu ubah projek kepada perkembangan-perkembangan lain.gambar ni lama di buat pekasam dalam kamera milik kerajaan Malaysia, setelah menyedari bahawa gambar yang cantik ini rugi jika tidak dikongsi bersama.jadi sekarang saya kongsikan dengan semua, tak salah nya aktiviti ini dibawah tema Warna dan bentuk lama sangat sampai lupa. ok dibawah gambar kanak-kanak beserta aktiviti. lupa ini gabungan kumpulan 4 tahun , cikgu ain dan ana ok boleh tengok gambar

 Dulang ni mendapat komen pelawat dari PERMATA negara. dia kate kampung sangat nampak dulang ni. klasik kate nye.
 Ais yang mempunyai pelbagai warna. tekstur agak menjerutu sebab saya taburkan garam halus untuk bagi jgn cepat cair
 excited dan tertanya-tanya apa ni????apa ni???
 berkumpul dalam kumpulan
 Qaseh x nampak muka memilih sudut untuk dia bermain sendiri
 Auni maisarah memilih ais warna biru dan pink
 Ada pinkaholic serba serbi pink
 Akil MK,pada mulanya takut untuk mencuba tapi akhirnya x nak berhenti bermain
 Miza membina istana ais nya sendiri sambil diperhatikan oleh cikgu ana
 Sejuknya tangan
 Eksperimen dari kanak-kanak sendiri timbul dari rasa ingin tahu, Qaseh telah menggabungkan dua warna ais  merah dan biru dan melihat sungai (aliran air) warna
 Qaseh tambah warna ais dan membanding beza dengan ais di sebelah
 Wajiha nuzha menyusun ais mengikut kelompok warna sendiri
 Zafran sibuk mengambil ais dari dalam talam
 Sungai yang dihasilkan oleh Qaseh
 Peace yo!!!
 Miza dengan ais-ais nya
 Adah dan wajiha berkawan baik
 Auni dan zafran mengumpulkan ais
 2 perbandingan sungai yang dicipta oleh Qaseh
 Nampak sedap
 Qaseh memerhatikan sungai yang dia cipta
 Aqil melakar menggunakan ais
Wajiha melukis menggunakan ais