Untuk menyemai rasa minat kanak-kanak dalam memelihara dan memulihara alam sekitar, saya rasa kanak-kanak perlu untuk memiliki tanaman mereka sendiri jadi saya dan cikgu yong telah berbincang untuk meminta kerjasama dari ibu bapa supaya membawa biji benih tumbuhan untuk kanak-kanak semai dan melihat tumbesaran anak pokok mereka. Selepas anak pokok tumbuh, kanak-kanak yang datang awal dengan ibu bapa memang akan membawa ibu bapa mereka sendiri tanpa diminta atau disuruh oleh cikgu untuk sama-sama melihat tumbesaran pokok mereka. jadi semangat untuk ke sekolah pon ade pada masa itu sebab nak tengok pokok mereka membesar. dibawah adalah aktiviti semasa menyemai biji benih yang diberikan oleh ibu bapa masing-masing
Cikgu tolong letak tanah dalam kereta sorong.kanak-kanak tolong gaul tanah dalam kereta sorong
Gaul sampai rata
Masukkan tanah dalam poly bag
ikut kapasiti tanah yang diperlukan
Dah siap, pengagihan biji benih kepada kanak-kanak. "cikgu mak kite x bawak biji" "what???"
masih lagi memenuhkan polybeg
2 sahabat baik zafran dan Qaseh bincang la tu bagaimana susunletak biji benih ni.