Sekali update je ni pulun habis-habis, adakah blog ini menjadi inspirasi anda??????ye ke tidak ye ke tidak ye ke tidak? pada guru taska diluar sana saya menghalalkan aktiviti saya untuk dijadikan ilham kepada anda untuk mendidik anak permata negara huuuuuuuuu....baiklah dibawah tema alam sekitar dan sub temanya bentuk alam semulajadi .Saya memilih untuk memperkenalkan gunung berapi kepada kanak-kanak, setelah mereka menonton video gunung berapi, mereka diberikan doh bewarna hijau untuk membentuk gunung yang sangat tinggi.kemudian mereka diminta untuk mengorek lubang ditengahnya membentuk kawah. bahan lain yang digunakan ialah serbuk penaik, pewarna merah(api la tu konon)dan cuka.berikut gambar aktiviti gunung berapi tersebut .
dari kiri piah sedang mengacau warna, sedang bermain baking powder adam, dan sedang memerhati aina.
iman dan ariani yang sangat excited meliat kewujudan gunung berapi didepan mata
tangan gebu milik farhana batrisha aka piah
Cuka bahan utama menghasilkan gunung berapi
Pewarna makanan star brand.merah gitu
Tepung penaik/ baking powder
alesya ralit dengan experimen nya sambil diperhatikan oleh ariani dan nazira
Bersungguh menuang cuka. kalau si cikgu pon sekali dengan botol cuka bagi pada kanak-kanak
giliran aina nazira melakukan experimen gunung berapi nya
Gunung berapi dari dekat. Nampak menyelerakan nyummmm...